Thursday 26 May 2016

Aku dan JB Bahagian 1

Bismillah

Setelah hampir 2 minggu aku menetap di sini. Jujurnya tak pernah terlintas difikiran yang aku akan hidup di bandar yang penuh metropolitan ini.

Dari dulu lagi, aku sangat anti dengan suasana di sini. Bagi aku, JB dan aku tidak akan dapat bersatu.

Tapi..nampaknya kebencianku telah memakan diri. Dan akhirnya, kini aku tercampak di sini. 

Dengan impian dapat membina hidup bersama untuk masa depan. Tapi nampaknya, perancangan Ilahi lebih mendahului. Impian kini tinggal impian. Harapan pula kembali malap tenggelam.

Sebaik mana rancangan hambanya, andai Allah kata tidak, tetap tidak akan berlaku juga.

Back to Allah is the real hope, Insyallah 

Monday 23 May 2016

Flask Power Root Pearl Kacip Fatimah Coffee

Bismillah

Aku nak review satu flask yang boleh didapatkan percuma dengan pembelian 2 pek besar pearl kacip fatimah power root.


Serius aku cakap, flask dia memang best. Walau kau isi air panas yah tahap macam mana pun, still tak akan ada rasa haba bila kau pegang flask ni.

Saiz dia, lebih kurang 200ml air yang yang boleh masuk.

Boleh digoncang, ringan dan boleh bawa kemana sahaja.

Bagi readers yg nak beli tu boleh la ke cawangan jualan power root yg berhampiran. Sangat disarankan.

Aku beli benda ni kat econsave yong peng. Cepat2 selagi stok masih ada 🙊😋


Monday 16 May 2016

Review Green Tea, Ahmad Tea

Bismillah

Alang-alang aku tengah minum green tea ni, meh aku nak review sikit pasal green tea jenama Ahmad Tea ni, compare dengan jenama yang lain.


Kenapa aku suka minum brand ni? Sebab....

1. Harga dia yang murah compare dengan brand lain. Dengan harga RM16 aku boleh dapat sekotak besar dengan isian 100bags tea.
2. Rasanya yang sedap. Compare dengan green tea jenama lain. Ahmad Tea ni tidak terlalu pahit walaupun tak letak gula.
3. Kurang kalori...dikatakan 1 bag tea tu ada 2kcl je. So sesuai la utk org yg tengah berdiet, kan. 
4. Khasiat green tea tu sendiri..tapi kalau nak tahu apa khasiat dia, boleh la google ya. Nanti panjang pulak aku nak membebel kat sini 😉

So, bila masanya aku akan minum green tea ni? 🤔
Biasanya aku minum green tea lepas ambil makanan yang berlemak dan berminyak. Agak-agak rasa menu makanan yang aku makan tu amat la "menyihatkan". Cepat-cepat aku minum green tea ni untuk cover rasa bersalah balik..bahaha


Lagi best setiap pembelian kotak besar ni percuma sudu..so, mmg banyak la koleksi sudu Ahmad Tea ni pada aku. Abaikan bentuk kotak yang sememeh penyek tu ea..hehe


Wednesday 4 May 2016

Review SamYang Spicy Chicken Ramen in Cup

Bismillah

Kemarin aku buat review mee SamYang yang dalam pack.
La ni aku nak share review aku untuk yang dalam cup pulak 


So, apa komen aku untuk mee yang dalam cup ni.

1. Mee tak terlalu tebal macam yang dalam pack. So, xde lah muak sangat nak makan.
2. Rasa dia lebih padas dari yang dalam pack. Serius..Macam mana nak cover pedas? Standby air susu kat sebelah, or milo suam. Insyallah berkesan.


See...dalam dia sama je macam yang dalam pack. Cuma packet sambal dia lebih kecil.


Keadaan mee selepas direndam. Xtebal dan kenyal sangat. Ala2 mee maggi gitu.


Sedia untuk dimakan. Bismillah


Merah mak hang...😳