Monday 27 August 2012

kopek dan ulas

bismillah

Belajar melangkah untuk menjadi lebih dewasa. Belajar untuk mula mengenali dunia realiti kehidupan sebelum berganjak ke dalamnya...bila dan siapa, biar yang Esa menentukannya.


haha, kononnya2 persediaan awal lah...ceh, mntang2 ayah dah bg kebenaran untk thn akhir nnt..Ops, bukan menggatal, hanya ingin bersedia dengan memenuhkan ilmu didada sahaja. Ingat, ilmu itu tiada batasan umur.

Jodoh itu penuh keunikan.
Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.
Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.
Kadangkala hadirnya tidak disangka.
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri.
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya.
(antara singkapan kata-kata dalam buku ini) 

ulasan: ayat dalam buku ni ringkas dan mudah dihadam. ku kira sesuai untuk semua yang akan@telah@seumpamanya ke gerbang perkahwinan. boleh dijadikan iktibar tika mengalami masalah rumah tangga atau persediaan awal, insyallah.


No comments: