Wednesday 15 October 2014

Hubungan

Bismillah

Dalam hidup ini, ada 3 hubungan yang kita mesti jaga.Pertama ialah hubungan dengan Allah. Kenapa? Sebab Dia lah tuhan kita, yang mewujudkan kita dan Dia juga lah juga tempat kita bergantung. Mungkin ayat ini macam cliche, tapi andai manusia tidak begantung dengan tuhannya, pada siapa lagi yang ingin dia harapkan?

Bagaimana ingin menjaga hubungan dengan Allah? Tunaikan yang dihakkan jauhkan yang dilarang. Kebiasaanya, nak tunaikan tu mudah, tapi yang nak dijauhkan tu yang payah bagi aku. Sering ku tergelincir dengan hasutan nafsu dan melanggar laranganNya. Namun, kita juga tahu yang Dia juga Maha pengampun. Jadi, seringkali ambil peluang untuk membuat refleksi diri, tilik andai diri masih berada di jalanNya atau telah pergi menjauhiNya.

Bagaimana ingin tahu yang diri masih dijalanNya atau tidak? Fikir, adakah diri mudah solat? Adakah diri mudah dalam membuat kebaikkan? Adakah diri mudah melihat kebaikkan manusia? Adakah diri mudah menerima teguran? Adakah keyakinan dan tawakul diri kepadaNya masih teguh? Tanya pada diri dan perbaiki hingga diri menjadi lebih baik. Insya Allah.

Kedua, hubungan dengan Rasullullah. Kenapa Rasullullah, kerana Baginda tidak pernah melupakan ummatnya sehingga hujung nafas Baginda. Kerana Baginda jugalah yang akan memberikan syafaat kepada kita. Siapa yang tidak mengimpikan syafaat Baginda?

Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan Baginda? Fikir, berapa kali diri berselawat kepada Baginda selain dari dalam solat? Berapa kali diri mengikut sunnah Baginda? Berapa banyak kisah dan tauladan Baginda yang diri dalami? Dan semua itu, aku masih khilaf lagi. Maafkan ummat mu ini ya Muhammad.

Ketiga, hubungan dengan Ibu Bapa. Juga aku sering khilaf apatah lagi diri sering lalai dalam menongkah dunia. Walaubagaimana pun ibu bapa kita, diri wajib taat kepadanya. Cuba untuk tidak susahkan hati mereka, berikan kegembiraan kepada mereka. Cubalah lakukan tugas sebaagai anak dengan sebaiknya. Pada diri, aku hanya mampu meletakkan diri pada pengharapan yang Maha Esa. Harapanku, moga Allah meletakkan rasa sayang ku kepada ibu bapa ku melebihi rasa cintaku kepada dunia. Harapanku, moga Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menjalankan tugas sebagai anak yang taat kepada mereka. Doaku, andai mereka tiada, jangan kerana dosaku, mereka tercampak ke dalam api neraka. Doaku, moga Allah memudahkan jalanku untuk berbakti kepada mereka.

Kerana aku tahu, tanpa bantuan Ya Rabb, aku mungkin terus tergelincir dan hanyut dengan belaian dunia.


p/s: kalau dah berkahwin kene tambah lagi listnya ya.


No comments: