Monday 20 January 2014

Slot Cerpen...."Dalam Bingkai Mahabbah"

Bismillah

satu cerpen yang ingin ak kongsi bersama,hayati dan selamat menghadamkan =)

Bunyi  deringan telefon membuat aku tersedar daripada lamunan dan memaksa aku untuk menapak menuju ke meja belajarku. Di situlah aku mengambil telefon bimbitku, lalu aku melihat nama yang tertera di skrin.
Ummi. Jarang seklai ummi mahu menelefonku melainkan jika ada hal penting berkaitan keluarga. Maklumlah, aku di Mesir sekarang ni. Jadi, kos untuk menelefon aku bukannya murah. Aku menekan butang menerima panggilan. Dan serta-merta aku mendengar suara ummi memberi salam dihujung talian.

"Waalaikumussalam, ummi," jawabku penuh hormat. Entah kenapa tiba-tiba dadaku berdebar. Aku takut jika apa yang ummi akan khabaran kepadaku sebentar lagi adalah musibah yang menimpa keluarga. Sempat aku berdoa di dalam hati agar ALLAH melindungi kami sekeluarga daripada sebarang musibah.

"Fah sihat, ummi.." ujarku apabila ummi bertanya keadaanku di sini.
"Fah, ummi nak beritahu sesuatu pada Fah,"ujar ummi. Suara ummi kedengaran gembira Jadi apat aku simpulkan, khabar yang akan dibawakan oleh ummi sebentar lagi adalah khabar gembira.

"Apa dia ummi?" Aku bertanya inginkan kepastian. Dadaku masih berdebar walaupun debarannya tidak sehebat tadi.
Gelas yang kupegang terlepas daripada tangan apbila mendengar penjelasan ummi. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa yang aku alami kini. Mulutku seakan-akan terkunci untuk berbicara dengan ummi.

"Fah dengar tak apa yang ummi cakap tadi?" soal ummi apabila aku mendiamkan diri dan tidak memberi respon kepada kata-katanya.
"Fah dengar, ummi," ujarku lirih. Entah kenapa hatiku tiba-tiba sebak. Seharusnya itu sebuah khabar gembira buatku. Namunm jauh di sudut hati aku merasakan sebuah kehilangan.
"Baguslah kalau Fah dengar. Abah dah balik tu. Ummi nak sambut abah dulu," ujar ummi dengan nada yang masih ceria.
"Baiklah ummi. sampaikan salam Fah untuk abah." Terasa kakiku tidak kuat untuk berdiri saat itu. Aku terjelepuk di atas lantai. Entah bila air mataku jatuh ke pipi.

Lima hari yang lalu....
JENDELA YM aku biarkan terbuka seperti selalu jika aku online. Pantas bibirku mengukir senyum apabila melihat nama yang satu itu. Hazirah. Pantas jari-jemariku mengarah ke nama itu dan setelah menekan dua kali pada nama itu, muncul sebuah layar lain dengan latar belakang daun-daun maple yang sedang berguguran. Seiring itu juga, aku pantas menekan butang ikon. lalu kutekan butang enter dan muncullah sebuah ikon 'smiley' pada jendela bernama Hazirah tadi.

Huzaifah: :)
Huzaifah: Assalamualaikum wbt.

Selang beberapa minit kemudian, pesanan aku tadi berbalas. Dan makin lebar senyuman di bibirku saat itu.

Hazirah: :)
Hazirah: Waalaikumussalam wbt.
Hazirah: Ya, kenapa abang? Abang tak sihat ke?

Itulah soalan lazim Hazirah jika aku yang memulakan perbualan. Bakal doktor yang cukup dedikasi. Apa-apa pun mesti tanya aku sihat ke tidak. Padahal kalau ikut logik akal, orang yang tak sihat tak boleh online.

Huzaifah: Alhamdulillah.. abang sihat. Cik doktor tak payahlah risau ya?
Huzaifah: Hazirah sihat?

Dan beberapa saat kemudian Hazirah membalas pesananku.

Hazirah: Aaa. Ingat tak sihat. Saya sihat. Alhamdulillah.

Aku tersenyum sekali lagi. Perkataan kegemaran Hazirah ialah 'aaa'. Aku cuba membayangkan bagaimana memek mukanya setiap kali dia menyebut ayat itu. Dan setiap kali aku membayangkan, pasti aku akan ketawa.

Huzaifah: Rasa berdebar-debar nak lalui hari-hari mendatang. Rasa semakin berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul. Yang pasti, kita terpaksa meraikan semua orang.

Aku menunggu respon Hazirah.

Hazirah: Hmm...lain macam je bunyinya. Abang ada apa-apa ke nak beritahu?

Dan seperti biasa, respon Hazrah tidak pernah menghampakan aku. Dan aku tiba-tiba rasa mahu mengusiknya seperti selalu.

Huzaifah: Mesti laa... Sebenarnya....

Sengaja aku berjeda di situ untuk memancing Hazirah bertanya. Supaya konsenterasinya kepadaku lebih saat itu.

Hazirah: Sebenarnya apa, abang?  Ades, buat orang nervous pulak.

Aku sudah dapat mengagak itu yang akan dikatakan oleh Hazirah. Hazurah seorang yang kurang sedikit tahap kesabarannya.

Dan aku sudah tertawa.

Hazirah: Ades. Belasah karang.

Sudah kuduga Hazirah akan mengeluarkan ayat itu.

Huzaifah: Hazirah tahu tak, lepas hari raya hari tu...Ada seorang asik tu, dia selalu tegur abang dekat fb. Awal-awal tu abang tak perasan lagi. Tapi bila abang tak balas dia punya mesej, dia mesej dekat inbox.
Dia minta maaf la bagai sekian-sekian. Abang pun beritahulah, tak sempat reply mesej-mesej dekat inbox.
abang beritahu dia, rakan-rakan fb yang biasa berhubung tu,abang dah anggap maca adikberadik. Cuba Hazirah teka, apa respon dia?

Dan sebentar Hazirah membalas.

Hazirah: Entah. Dia cakap dia suka kat abang?

Senyumanku terukirkan di bibir.

Huzaifah: Dia cakap.."adik je?". Lepas tu dia terus senyap sampailah hari ni.

Serasa lega sedikit hatiku dapat meluahkan masalahku kepada Hazirah.

Hazirah: Haha....Abang heartbreaker. nak bebel kejap dekat abg. Abang pun satu dok melayan. Kadang-kadang over sampai orang boleh salah sangka. Sedangkan abang dengan adik-adik kandung abang sendiri abang tak layan macam tu. Kenapa dengan tak kandung abang nak layan lebih-lebih? Memanglah orang akan terasa. Dan nama pun hati perempaun tu lembut. Cepat jatuh cinta. Yang pergi usik hati orang siapa suruh? Aish...Rasa nak belasah abg.

Huzaifah: ;p
Hazirah: Cuba belajar hargai perasaan orang.

Hazirah kalau sekali dah membebel rasanya kalah ummi. Begitulah Hazirah yang aku kenal.

Huzaifah: Nak kena letak harga ke? Hehe... Susahlah, Hazirah...
Hazirah: Benda ni tak susah. Abang je yang bagi susah. Hazirah bagi contoh ya?
Huzaifah: Okey.
Hazirah: Abang selalu caring pada perempuan. Macam Hazirah ni ha. Nak habis YM abang mesti cakap jaga diri baik-baik. Kalau Hazirah macam budak tu, mesti Hazirah rasa, owh....abang ni sayang dekat aku. Kalau tiap-tiap kali YM abang cakap macam tu, tak ke lama-lama kalau tak suka dekat abang pun boleh jadi suka?

Baru hari ini aku sedar apa yang aku buat selama ini boeh membuatkan orang lain salah sangka. Itupun apabila Hazirah yang menyedarkan aku.

Huzaifah: Ooo...begitu.

Dan Hazirah terus dengan bebelannya.

Hazirah: Cuba buat biasa je. Ni buat luar biasa. Memang Ia akan jadi luar biasa juga. Lagi satu contoh. Abang boleh Hazirah kategorikan sebagai lelaki idaman setiap perempuan, Agama mantap, hafiz, muka boleh tahan, baik budi pekerti. Siapa yang tak nak?
Jadi, bila abang sentuh isu-isu cinta dan yang luar daripada kebiasaan, confirm perempuan tu akan perasan yang abang suka dekat dia. Otak dia akan set, takkan abang ni yang molek agamanya akan cakap benda-benda macam ni dekat aku kalau dia tak serius. See?
Persepsi perempuan tak sama pada lelaki. Cuba kalau yang cakap hal cinta tu playboy, otak mereka akan set, alah.... lelaki ni dengan perempuan lain pun dia akan cakap benda macam ni juga. Bukan dengan aku je. Jadi, dia tak sempat nak perasan. Common senselah abang.

Huzaifah: Cuba Hazirah terangkan 'isu2 cinta dan yang luar daripada kebiasaan'. Yang ni tak berapa nak faham sikit.
Hazirah: Macam mana ya? Macam abang dengan Hazirah kan cuti hari tu, abang asyik tanya je Hazirah dah jumpa orang tu ke belum. Abang suruh Hazirah ambil gambar dan bagi abang cemburu. Ha...bend-benda ni kan memicu perempuan tu untuk fikir, 'Eh, abang ni cemburu ke kalau aku keluar dengan lelaki lain? Dia suka aku kot? So, elakkan memicu rasa perasan dalam hati perempuan.

Dan sekali lagi aku rasa terpempam dengan contoh yang Hazirah berikan. Tiba-tiba rasa bersalah hinggap di hatiku.

Huzaifah: Yang tu saja je nak usik Hazirah. Memang tak boleh ya?
Hazirah: Cuba kalau Hazirah pun fikir macam perempuan tu. Kan jadi luar biasa. Walaupun niat abang tu mengusik, tapi bagi Hazirah benda tu serius. Mungkin abang nak cakap yang abang cemburu tapi abang tak nak Hazirah rasa bersalah. Jadi, abang berkias. Boleh je Hazirah nak fikir macam tu. Jangan expect orang akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi anggap dia tak tahu apa-apa supaya kita lebih berhati-hati.

Huzaifah: Difahami. Terima kasih atas pencerahan.

Dan setelah itu, aku duduk merenung ke luar tingkap. Memikirkan setiap kata-kata yang ditulis oleh Hazirah tadi. Mungkin gadis itu kecewa. Atau adakah gadis itu mencintai dirinya? Ah, dis sendiri taidak tahu perasaannya pada gadis itu.

Enam hari berlalu sejak Hazirah meluahkan rasa hatinya kepda aku berkenaan rasa kecewa apabila aku memperlakukannya seperti itu. Walaupun dia cuma menyampaikan dalam bentuk nasihat kepada aku, tetapi aku tahu, itu memang apa yang dirasakannya. dan sepanjang enam hari ini, aku merasa bersalah kepadanya.
Cinta. Nak katakan aku cintakan Hazirah mungkin tidak. Aku cuma selesa berbicara dengannya lewat YM dan juga FB. Sesekali menerusi SMS. Dia pendengar masalah yang baik. Bersedia berkongsi duka dan suka dengan aku. Tetapi untuk menafikan yang aku tak sayang Hazirah, aku tidak berani. Kerana aku tahu aku sayangkan dia. Mungkin sebagai adik. Tetapi jika aku sayang dia sebagai adik, kenapa aku melayannya lebih daripada adik kandungu sendiri?
Aku memicit-micit dahi yang terasa berdenyut daripada tadi. Semakin banyak yang aku fikir mengenai Hazirah, semakin bersalah aku jadinya. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Siapa sebenarnya Hazirah di hati aku? Ditambah pula berita yang disampaikan oleh ummi yang aku terima semalam membuatkan aku tidak tenteram. Perlukah aku memberitahu perkara tersebut kepada Hazirah?

Lapan bulan berlalu, Hazirah terus mendiamkan diri daripada aku. Dia seolah-olah membawa diri sejak aku memberitahunya perkara itu. Mungkinkah dia merajukdengan aku? Atau dia sibuk menjalani hari-harinya merawat pesakit di hospital?
Setiap kali aku membuka laman YM dan aku melihat Hazirah online, aku menegurnya seperti biasa. Namun, cukup tiga saat Hazirah akan offline dan teguranku dibiarkan tidak bersambut. Jujur aku katakan, aku kehilangan tempat berbicara. Tempat untuk berkongsi kisah suka dan duka. Aku cuma berfikir positif yang Hazirah tidak melupakan aku. Dia cuma sibuk dengan tuga hariannya. Tetapi sampai bila? Lapan bulan tiada sehari pun dia menegurku di laman YM ini seperti dahulu.

Aku bula laman FB pula. Aku melihat timeline Hazirah. Sekali lagi aku hampa kerana yang boleh kulihat adalah prifilnya. Gambar dan juga statusnya semua tidak boleh kulihat. Sepanjang tempoh lapan bulan ini, aku boleh katakan aku rindukan hurauan gadis itu. Aku rindukan usikannya. Aku rindukan mesejnya mengejutku setiap pagi. Aku rindukan segala-galanya tentang Hazirah. Benarlah kata orang, kita tidak akan tahu sebesar mana kita cintakan seseorang itu selagi kita tidak kehilangannya.

Aku menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir dihening subuh itu. Rinduku pada Hazirah membuatkan manik-manik jernih ini mengalir laju menuruni pipiku. Entah kecewa, entahkan sebak, aku tidak tahu. Lapan bulan menanggung rindu, adakah Hazirah masih mengingatiku?

Lapan bulan yang lalu....

Huzaifah: Assalamualaikum wbt. :)

Dan aku tidak perlu menunggu lama kerana Hazirah menjawab salamku.

Hazirah: Waalaikumussalam wbt. Ya kenapa? Abang sihat? soal Hazirah seperti biasa
Huzaifah: Alhamdulillah abang sihat.
Hazirah: :)
Huzaifah: Hazirah, abang ada sesuatu nak beritahu Hazirah.
Hazirah: Silakan.
Huzaifah: Sebenarnya....

Aku berjeda disitu seperti selalu. Sudah lama rasanya aku tidak bergurau dengan Hazirah.

Hazirah: Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji? Hazirah dah tahulah, abang.

Dan aku tergelak membaca ayat itu. Hazirah sudah tahu aku akan mengenakannya.

Huzaifah: Tidak. Bukan yang tu abang nak beritahu.

Aku masih rasa serba salah untuk berkongsi cerita ini dengan hazirah. Namun, aku tahu satu masa nanti aku tetap harus memberitahunya. Aku menunggu respon Hazirah, namun gadis itu diam tidak memberi apa-apa reaksi. Jadi, aku kuatkan hati menyatakan hal yang sebenarnya kepada Hazirah.

Huzaifah: Sebenarnya, abang dah bertunang.

Sebuah keluhan aku lepaskan. Terasa sesak dadaku saat itu.

Hazirah: Alhamdulillah.

Dan jawapan sesingkat itu membuatkan aku rasa bersalah kepadanya. Aku tahu, Hazirah mungkin kecewa mendengar berita ini.

Huzaifah: Abang serahkan segalanya pada keluarga.
Hazirah: :)
Huzaifah: Kalau itu jodoh abang, abang redha. Abang terima dia seadanya. Janji ummi bahagia.
Hazirah: Baguslah kalau begitu.
Huzaifah: Kami tak pernah kenal, tak pernah jumpa.
Hazirah: Baguslah.
Huzaifah: setakat ni abang serahkan semuanya pada keluarga. Tak sempat lagi nak bertaruf dengan di.
Hazirah: :)
Huzaifah: :)

Aku merenung skrin. kami sama-sama kehilangan kata-kata. Aku tahu Hazirah sedang melayan perasaannya. Mungkin dia juga masih mencerna berita yang aku sampaikan tadi. Aku harap dia tabah seperti selalu.

SEBUAH pesanan aku terima pagi tadi menerusi e-mel. Namun, baru sekarang aku bisa membacanya dalam suasana hening malam ini. Aku melihat alamat e-mel yang tertera disitu. Alamat yang paling kuhafal. Alamat e-mel Hazirah. Cepat-cepat aku membuka e-mel tersebut, lalu aku membaca satu per satu ayat yang tertulis didalam itu.

Untuk abang...
Assalamualaikum wbt. Semoga abang sentiasa sihat dan berada didalam rahmat-Nya. terlebih dahulu, maaf kerana sudah lama Hazirah tidak bertanya khabar dan bertukar cerita dengan abang. Harap abang boleh maafkan Hazirah.
Adakalanya, kita rasa terlalu selesa dengan seseorang hingga kita lupa siapa dia dalam hati kita. tetapi apabila suatu hari kita sedar hati kita bukan miliknya, kita katakan pada dia dan kita harap dia dapat menerima semua yang kita kata.
Kita lupa, dia juga punya perasaan dan harapan. yang menciptakan kenangan itu adalah kita yang tiada perasaan. Tanpa sedar, kita telah membunuhnya dengan kenangan yang kita tinggalkan. Kita biarkan dia menangis tanpa kata.
Tahukah kita, dalam setiap air mata yang dialirkan, dia cuba untuk melupakan? Walau yang kita lihat adalah sebuah senyuaman, mana mungkin hati yang luka bisa sembuh sekejapan?
 Biarkan dia membawa dirinya bersama masa depan. Bukan senang untuk melupakan melainkan dia meninggalkan. Biarkan dia melupaan segala kenangan walaupun kita tahu bukan mudah untuk dia melakukannya. Mohon maafkan dia untuk segala kekhilafan.
Mengingatimu,
-Hazirah-

Aku membaca pesanan itu beberapa kali. dan setiap kali aku membacanya, setiap kali itu juga air mataku mengalir tanpa dipaksa. Begitu berat penderitaan yang aku berikan kepada Hazirah. Begitu payah juga dia cuba bangkit demi sebuah kehidupan.

Aku melihat hazirah duduk di sudut biliknya. Jauh sekali dia merenung memandang ke luar tingkap. entah apa yang direnungkan di luar sana.
"Assalamualaikum," ucpku sambil menapak menghampiri Hazirah.
Hazirah menolehmemandangku, namun pandangannya kosong. Dia kembali menatap ke luar tingkap. Salamku juga tidak bersambut seperti tiga tahun yang lalu.
"Hazirah pandang apa kat luar tu sampai tak nak pandang muka abang ni?" Sengaja aku memancing Hazirah untuk bicara. Aku duduk betul-betul berhadapan dengannya.
"Abang dah tak handsome macam dulu ke?" soalku lagi.

Hazirah masih diam. Dia lebih suka melihat burung-burung yang terbang pulang ke sarang di dada langit petang itu berbanding melihat wajahku. Hatiku remuk melihat Hazirah dalam keadaan seperti itu. Aku yang menyebabkan Hazirah terkunci di bilik kecil ini. Menghabiskan hari-harinya seorang diri tanpa sesiapa menemani. Aku merenung wajah itu dalam-dalam. Sesekali tudung Hazirah terbang ditiup angin. Hazirah hanya membiarkannya.
Agak lama sehingga Hazirah memalingkan wajahnya memandangku. Dia merenung wajah aku dalam-dalam. Dan seketika kemudian aku lihat air mata mengalir jatuh di pipinya. Dan segera dia mengalihkan wajahnya kembali menatap pemandangan di luar. Ketukan di pintu besi mengejutkan aku. Aku berpaling memandang pintu itu.

"Encik, masa melawat dah habis," ujar pengawal di luar. Dia pengawal biasa yang mengawal di wad yang terdapat di Hospital Permai ini.
Aku mengangguk tanda faham. Wajah Hazirah kutenung sayu. "Hazirah, abang ablik dulu," ujarku perlahan, berharap Hazirah memalingkan mukanya dan memandang wajahku saat itu.Hazirah menoleh. Air mata masih mengalir di pipinya seperti tadi. Dia mengangguk lambat-lambat. Dengan berat hati aku menapak menuju ke pintu besi. Sebelum pintu itu dikunci kembali, aku mendengar Hazirah berkata sesuatu. Aku menghentikan langkah kakiku.

"Abang, siapa kita untuk menolak jika jodoh datang tiba-tiba kan? HAzirah faham tu," ujar Hazirah tenang. Senyuman yang terukir di bibir dengan air mata yang mengalir di pipinya adalah jawapan kepada segala-galanya. Kemudian dia berpaling kembali menghadap ke luar tingkap.
Aku keluar dengan hati yang walang. Ini adalah kesalahan terbesarku, mempermainkan sekeping hati yang sangat jujur mencintai aku sehingga kehidupan seorang yang seharusnya bergelar doktor berakhir sebagai seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa.

"Abang, Hazirah macam mana?" soal istriku setelah aku meloloskan diri ke dalam kereta.
"Masih macam tu. Cuma tadi baru nak bercakap dengan abang," ujarku menjwab pertanyaan Husna.
Husna memandang ke arah tingkap di bilik yang menempatkan Hazirah. "Semoga ALLAH memberikan dia ketabahan dan ketenangan hati," ujarnya sebak.

Dan sebentar kemudian, aku meneria panggilan telefon daripada pihak hospital.

"Assalamualaikum, encik. Hazirah baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi."
Telefon didalam genggaman terlepas. Aku membuka pintu kereta, lalu berlari semula menaiki tangga menuju ke bilik Hazirah. Baru sahaja tadi aku mendengar gadis itu bersuara. Namun kini aku cuma melihat gadis itu kaku di kerusinya.
Maafkan abang, Hazirah....


------------------TAMAT---------------------------------------------------
Sumber:
boleh dapatkan buku ini untuk koleksi cerpen-cerpen hebat yang lain =)
Penulis Asal: Isha Idiaz







No comments: