Sunday 29 December 2013

Aku dan berita tergempar

Bismillah

Pukul 2.38 ptg tadi my dad call, "aty nak exam kan, ayah ad berita nak cakap, aty jangan terkejut. ibu masuk wad, paru-paru berair. Tapi doktor cakap ok".

Hati bagai terhempas jatuh ke batu. Berita yang tidak ku harapkan. Terus ku mencari maklumat tentang penyakit paru-paru berair di internet. Apakah sebab, kesan dan cara mengubati. Hatiku dilanda persoalan,  mahu pulang melawat atau tunggu dahulu perkhabaran dari sana.

Air mata mula membanjiri, namun otak menyedarkan. "Sia-sialah jika hanya menangis semata, pergilah berdoa pada yang Esa untuknya".

Lalu ku gilap air mata, mengangkat wuduk, menyucikan diriku. Ku ambil markhalah Al-Quran lalu menyelak ke surah Yasin. Dengan rasa hiba dihati, ku berdoa "Ya Rabb, jika ini ujian buat kami, aku redha. Berikan kemudahan dan ketabahan pada ibu dan ku mohon sembuhkanlah menyakitnya".

Amin ya Rabbul Izzati





No comments: