Thursday 12 November 2015

Petua : Mulut Berbau

Bismillah

Mulut dan nafas berbau?! Eee sangat lah xselesa kalau jumpa orang macam tu.
Masalah mulut berbau ni kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Kadang-kadang tu, bukan setakat mulut. Nafas pun berbau.
Situasi ini sangat lah tidak selesa pada insan-insan yang duduk sekitarnya

Sebelum aku bagi petua nak hilangkan bau mulut.
Jom kita gali sebab apa ada bau mulut@nafas berbau ni.

Sebab-Sebab :

1. Tak gosok gigi! 
(yg ini memang masalah kalau gigi sendiri pun xnak jaga)

2. Gigi berlubang 
(dah tau berlubang tu pergi la tampal plus buat apa la tahan sakit lama-lama)

3. Tak gosok lidah semasa menggosok gigi. 
(ini hal, banyak orang xbuat. padahal kat lidah tu la paling banyak bakteria-bakteria degil kena sental. Cara nak tahu lidah kita dah bersih, xada selaput putih pada lidah selepas menggosok gigi)

4. Makan makanan yang berbau kuat
(xsalah kalau nak makan, tapi lepas makan tu pergi la gosok gigi. kalau malas nak gosok, kumur je dengan cecair kumur tu. simple dan senang)

5. Puasa
(masalah mulut berbau sebab puasa ni memang la ada yg kata bau mulut orang yg puasa ni mcm bau mulut kasturi, tapi kalau bau dia tu boleh mengganggu orang lain. Sila-sila kan lah menggosok or berkumur ya)

Ha...ini lah antara sebab kenapa mulut berbau.

Sebenarnya, masalah mulut berbau ni bukan tak ada solusinya.
Sekarang ni di zaman serba moden, banyak je kaedah atau produk yang  boleh membantu.

Kaedah Penyelesaian :

1. Gosok gigi
(gosok gigi tu penting, sekurang-kurangnya selepas dan sebelum tido. Selain elakkan mulut berbau, ia juga membantu gigi kekal bersih dan sihat)

2. Berkumur
(maksud berkumur ni bukan berkumur dengan air biasa. tapi berkumur dengan mouthwash. Bukan setakat mulut bersih, mulut pun rasa segar sentiasa)

Ini antara produk yg aku guna. benda ni best sbb memang hampir 12 jam kesegaran terasa. sampai nak makan pun rasa sayang je mulut tu.


3. Jumpa doktor
(agak-agak kalau mulut tu teruk sangat berbau, pergila jumpa doktor untuk rawatan. Hospital swasta atau kerajaan, pilihan ditangan sendiri)

No comments: