Wednesday 22 July 2015

Buku Cerita Kanak-kanak

Bismillah


Dewasa ini, semakin banyak buku-buku kisah islam diterbitkan di pasaran.
Pernah dulu aku membayangkan, andai ada rezeki untuk mempunyai anak, ingin aku bacakan mereka kisah-kisah sejarah islam sebelum mereka lena tidur.

Kerana.....
Biar melimpah lah kasih dan sayang mereka kepada Rasullullah lebih dan sayang kepada dunia dan isinya.
Biar bibir mereka bangga mengingati kisah keteguhan sahabat nabi dalam membantu menyebarkan dakwah islam daripada kisah Snow White yg termakan apple beracun akibat kedengkian ibu tirinya.
Biar mereka bangga dengan kisah Khalid Al-Walid yang bijaksana memimpin peperangan daripada kisah Rapunzel yg mempunyai rambut sepanjang menara.
Biar mereka bangga, punya pemimpin seperti Sultan Al-Fateh, yang mampu menawan Kota Constatinopel yang dulunya menjadi kebanggaan para kafirin.
Biar mereka mampu mencontohi Khadijah dan Aishah yang teguh membantu Rasullullah dalam menyebarkan syiar Islam daripada kisah Cinderella yang mengejar cinta sang putera raja.
Biar mereka mengikut ketabahan Bilal bin Rabah yang mampu menghadapi seksaan kerana kukuhnya rasa kasih dia kepada yang Esa.




No comments: