Friday 13 November 2009

kita selalu bertanya..Al-Quran sudah menjawab..

Kita bertanya : kenapa aku diuji?
dan Quran menjawab:"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja
mengatakan"kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka.."
(surah al-Ankabut ayat 2-3)

Kita bertanya : kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..."
(surah al-Baqarah ayat 216)

Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak mambebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanngupannya.."
(surah al-Baqarah ayat 286)

Kita bertanya : kenapa kita frust?
Quran menjawab : "jangan kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang beriman..."
(surah al-Imran ayat 139)

Kita bertanya : bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab : "dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengajarkan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat
kecuali orang2 yang khusyuk..."
(surah al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : "cukuplah Allah bagiku.tidak ada tuhan selain daripadaNya.hanya kepadaNya aku bertawakal..."
(surah at-Taubah ayat 129)

Kita bertanya : apa yang aku dapat daripada semua ini?
Quran menjawab :"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
(surah at-Taubah ayat 111)

Kita berkata : aku tak tahan..!!
Quran menjawab :"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.sesungguhnya
tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang KAFIR..."
(surah Yusuf ayat 12)

Kita berkata : sampai bila aku akan merana bergini?!
Quran menjawab :"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..."
(surah al-Insyirah ayat 5-6)

No comments: