Wednesday 31 March 2010

keluhan hambamu yang lemah...

Ya Allah, kami tidak menggunakan masa kami sebaiknya, kami banyak menggunakan masa kami untuk membuat perkara yang tidak berfaedah, perkara yang tidak menambah iman kami.

Kami banyak membuang masa padahal nabi telah bersabda bahawa di hari akhirat kelak akan dipersoalkan apakah yang telah kami buat ketika hidup terutamanya pada waktu muda. Kami tidak belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun sedangkan kami tahu menuntut ilmu itu wajib.

Tatkala peperiksaan hampir dekat barulah kami bekerja keras di saat-saat akhir. Kami tidak merasakan studi itu adalah ibadah, kami mengecilkan skop ibadah hanya kepada solat, puasa, zakat,haji dan usrah sahaja.

Kami tidak bersungguh-sungguh di dalam kerja kami padahal umat islam perlu cemerlang dalam segala bidang.

No comments: