Thursday 29 July 2010

maafkan daku diatas kelancanganku...

bismillah...

terasa ingin aku mencuri masa senggangku yang hampir tipis untuk berkongsi cerita dan pemikiranku yang telah aku bincangkan bersama seorang sahabatku yang amat ku hormati dan ku kagumi.Subhanallah,segala puji bagi yang Esa.

sebelum aku semakin laju menekan-nekan papan kekunci lappy,sebelum aku semakin banyak meluahkan rasa, ingin rasanya diri ini memohon maaf diatas kejahilan dan kelancanganku sebentar lagi..

ketika pagi semakin berlabuh di tanggal 29 Julai 2010.kami (aku dan beberapa sahabat yang lebih tua dariku) telah bebual tentang masalah kiblat yang telah menjadi isu yang amat besar bagi umat islam yang prihatin dan semakin hangat dalam kalangan sahabat2ku di kolej kediaman mereka sambil menyiapkan assigment engineer mathematics yang agak menguji diri.


amat menyedihkan apatah lagi pabila aku dimaklumkan salah seorang sahabatku terpaksa menukar kiblatnya sebanyak empat kali sepanjang solatnya disini..MasyAllah,aku tumpang simpati kepadanya..sedangkan aku pun pernah mengalaminya ketika MHS yang lepas.cuma takdirku agak baik kerana dapat menyedarinya lebih awal..semoga amal ibadahnya diterima Allah.

No comments: