Monday, 19 July 2010

ujian...rezeki..

subhanallah...ketika ak baru sahaja menghabiskan kerja di bengkel makmal pembuatan..ak terima satu masej dari seorang sahabat...
"salam ejat tempat meeting dah tukar...kat masjid UTeM pkul 9 mlm..."
Ya Allah bila aku membaca mesej tu..badan aku terus lemah gemalai terasa keletihan dan kelaparan yang teramat,apatah lagi bas terakhir ke kampus hanya beberapa minit lagi..hanya Allah yang mengetahui berapa terujinya hambanya yang lemah ini...

masih terasa lagi penat menukang dan memerah strategi di bengkel tadi...apatah lagi aku terpaksa menapak ke masjid yang agak jauh dari makmalku...

kelaparan dan kehausan masih menguasai diri.Namun timbul rasa insaf dan kesedaran mengingati para miskin dan daif yang terlebih dahulu merasai lapar dan dahaga dari ak..masyaAllah seluruh pujian dan kesyukuran yang selama ini memberikan aku rezeki di atas bumi.Nya

Namun,sedang ak berbaring seketika..sahabatku menalifonku...
"salam ejat kat mne?meh la turun bawah,kita kat bawah ni.."
maka dengan langkah perlahan aku melangkah turun dengan sabar..

pabila aku bertemu dengan sahabatku..disisinya ada lagi beberapa orang kakak senior yang sedang berbuka puasa..uh,tiba-tiba sahaja perutku berkeroncong..


selang beberapa saat..terdengar suara..
"atikah,izzati sinilah makan sekali ngan akak..meh akak suapkan.."
masya Allah terasa keluh kesah ku didengari yang maha Esa..aku rasa bersyukur dengan rahmatnya...kemudian semakin ramai yang memperlawa kami makan...terasa sungguh disayangi dan dihargai apatah lagi kami makan bersuapkan antara satu sama lain...apatah lagi makanan yang sedikit itu terasa banyak dan cukup untuk mengalas perutku yang tersa membuak kelaparan..terima kasih Ya Allah di atas rezeki Mu...



terima kasih buat semua diatas nasi goreng ayam dan benjo yang sedap 2...terima kasih juga untuk atika sahabatku yang sempat membelikan air mineral untukku di restoran mak merah sebentar tadi...


1 comment:

nurul atiqah said...

syg izzati.. nama sy atiqah la..hehe.. x pe, kte same2 lapar time tu.. sy puasa, kamu x makan seharian.. same je kan.. tp hakikatnya, sgt seronok lapar bersama..~