Sunday 1 January 2012

kisah sekampit beras

Bismillah

Peperiksaan semakin hampir, tinggal lagi 2 hari untuk ak pulun habis subject yg nak di jawab nanti... Moga segala urusanku dan urusan kawan2ku dipermudahkan..InsyAllah, Amin..

Sebut pasal kawan ni, ak nak berkongsi satu kesah tentang kawanku, yang sangat3 terkesan pada diri aku...serius agak2 smpai hujung nyawa kot ak  ingati dan ceritakan semula kepada anak cucu cicitku nanti....InsyAllah...

ianya bermula, semasa diawal kehidupannya, hidup keluarga mereka agk susah. Then, satu hari dia bersama ibunya pergi membeli beras di sebuah kedai...sesemasa dalam perjalanan balik, dia terjatuhkan plastik beras 2. Ia boleh diterima kalau beras 2 dalam bag plastik yg dibungkus tebal macam skarang, tp yg dibelinya sekarang ialah beras timbang, so blh di bayangkan yang beras 2 bertaburan keluar dan bersepah diatas jalanan..



kalau korang yang berada dalam keadaan 2 korang akan buat apa?
A. tinggalkan sahaja beras 2 dan kembali ke kedai untuk beli yang lain
B. kutip semula beras itu dan bawa pulang ke rumah

well, klu ak sendiri, ak lbh prefer jawapan A. tapi yang kawan ak ni, dia telah mengambil jawapan B sebagai pilihan dia. Ya Allah, bila ak terdengar citer 2, hati ak terus tersentap. serius, sangat-sangat tersentap bila dia dan ibunya mengutip kembali beras2 yang dah bertaburan dijalanan...

bila fikir2 kan kembali, bertapa sangat aku yang tidak bersyukur dengan kelebihan yang diberikanNya dan bertapa membazirnya aku selama ini pada rezeki yang diberikanNya. terus diri ini dilanda kekesalan yang melampau. Memang selama ini aku tak pernah menghadapi kesusahan yang teruk macam kawan2 aku hadapi, tapi aku boleh bayangkan kot. even duit ak tinggal rm10 dalam poket ak  boleh terasa amat susah, apatah lagi orang yang tinggal rm1 dalam poketnya...lagilah teramat2 susah rasanya...

so, untuk memperbaiki diri aku yang serba kekurangan ini, aku dah setkan dalam fikiran aku, kalau makan sesuatu mesti kene habiskan. even waktu 2 ak dah sparuh kenyang atau dah kenyang. pembaziran perlu dielakkan. walau bukan mudah untuk aku lakukan, InsyAllah selagi aku masih teringat cerita kawanku ini, akan aku berusaha gigih menghabiskan makanan yang aku beli.. lebih2 lagi nasi(yup, makanan yang paling kurang aku gemari)

No comments: