Tuesday 16 February 2016

Kisah Taubat Wanita yang Berzina

Bismillah

Taubat berasal daripada kata taaba-yatuubu bererti kembali. Menurut syarak, taubat bererti kembali daripada maksiat menuju taat kepada Allah SWT. Taubat yang paling besar iaitu taubat daripada kekafiran menuju keimanan, seterusnya bertaubat dengan dosa-dosa besar dan taubat daripada dosa-dosa kecil.


Syarat taubat ada tiga.

Pertama : Ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana ingin dipuji manusia.
Kedua    : Menyesal dengan perbuatan maksiat yang sudah dilakukannya.
Ketiga   : Bersungguh-sungguh tidak mengulangi kesalahan yang lalu.


Hadis Tentang Kisah Wanita Penzina

Daripada Abu Nujaid, iaitu Imran bin Husain Al-Khuza'i Ra, "Ada seorang wanita daripada suku juhainah datang kepada Rasulullah SAW dan dia sedang dalam keadaan mengandung kerana perbuatan zina. Kemudian dia berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah melakukan satu perbuatan yang harus dikenakan hukuman, maka berikanlah hukuman itu pada diri saya." Nabi SAW memanggil keluarga wanita itu dan bersabda, "Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila dia telah melahirkan, maka datanglah padaku dengan membawanya." Keluarganya pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir, baginda memerintahkan untuk memberi hukuman. Wanita itu diikat pada pakaiannya, kemudian direjam. Selanjutnya Rasulullah menyembahyangkan jenazahnya. Umar berkata, "Wahai Rasulullah, apakah kamu menyembahyangkan jenazahnya sedangkan dia berzina?" Rasulullah SAW bersabda, "Dia telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Andaikan taubatnyaitu dibahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, pastilah masih cukup. Pernahkah engkau berjumpa seseorang yang lebih penting daripada orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT?" (Hadis Riwayat Muslim) (Muhammad bin Salih Al-Utsaimin, Syarah Riyadus Salihin, Jilid 1, 2001:54)

No comments: