Friday, 8 April 2016

Review Cuka Apple Bragg vs Heinz

Bismillah

Morning =)
Pagi-pagi yang sihat ni, aku nak review satu produk sihat 
yang semakin terkenal dengan khasiatnya.

CUKA APEL

Cuka apel Heinz vs Bragg

Ok, both brands ni aku dah try test
So, meh aku share sikit pengalaman aku dengan kedua-dua produk ni

Harga 
Bragg (946mL) RM28 untuk Heinz (473mL)  RM7.70

Bau dan Rasa
Untuk part ni, bau dan rasa Heinz lebih kuat berbanding Bragg. Walaupun dua-dua ni cuka, rasa Heinz lebih acidic dan masam berbanding Bragg. Bagi yang tak tahan bau dia mungkin boleh fikir lagi untuk beli cuka Heinz.

Kondisi Cuka
Cuka Heinz ni cuka yang dah ditapis, berbanding cuka Bragg masih ada mendakan apple yang tidak ditapis di dalamnya.

Keberkesanan
Untuk part ni, aku boleh cakap cuka Heinz ni berkesan pada kulit muka aku sebab aku jadikan Heinz sebagai toner. Tapi..untuk Bragg aku tak berapa pasti, sebab aku minum. So aku tak boleh nampak keberkesanan dia dalam badan aku

Komen aku pulak untuk both cuka ni. Aku suka kedua-duanya sekali. Kalau cuka Heinz aku lebih suka jadikan toner dan conditioner rambut untuk Bragg pulak, aku bancuhkan dengan air, madu dan serbuk kayu manis untuk diminum.

Aku takde nak cadangkan mana yang lebih bagus. Tapi kalau korag jenis yang tak tahan denganbau yang kuat, baik beli Bragg sebab Heinz punya bau memang kuat. Bau masam yang menyucuk.

Apa khasiat cuka apel ni?
Kalau korang search khasiat cuka apel ni memang banyak.
Ni aku kongsikan apa yang aku jumpa tentang khasiat cuka apple dari Panduan Saya

15 Khasiat Cuka Apel

1. Membantu masalah perut
2. Menghilangka tersedu
3. Melegakan sakit tekak
4. Mengurangkan kadar kolestrol
5. Mengelakkan masalah penghadaman
6. Melegakan hidup tersumbat
7. Membantu mengurangkan berat badan
8. Menghilangkan kelimumur
9. Menghilangkan jerawat
10. Membekalkan tenaga
11. Mengurangkan kekejangan otot (pada waktu malam)
12. Menghilangkan bau mulut
13. Memutihkan gigi
14. Mempercepatkan penyembuhan luka
15. Mengawal kadar gula dalam darah

Nak tahu lebih lanjut macam mana nak guna cuka apel untuk dapatkan kesan-kesan di atas.
Ha..boleh la klik dekat link yang aku letakkan tu. Panduan Saya (Cuka Apel)
Kat dalam tu dia terangkan lebih detail tentang kebaikkan dan steps untuk gunakan cuka appe ni.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri,
Lepas aku gunakan cuka apple ni..
Kulit muka aku dah makin elok, kalau tumbuh jerawat pun satu hari dah ok.
Alhamdulillah

Kalau dikata cuka apple ni elok untuk mengurangkan berat badan.
Hermm, diakui aku sekaang memang dalam proses nak turunkan berat
Dan aku berjaya turunkan berat dalam beberapa kilo untuk 2bulan ni.
Tapi aku tak pastilah sebab aku ambik cuka ni atau cara pemakanan aku.
So, part tu aku berani nak jamin

Sekian dari aku
Kalau ada apa yang nak ditanya, silakan ea.
Insyallah kalau ada yang aku tahu, aku bantu






2 comments:

asiyanansari said...

nk tnya..cuka apple both brand ni halal x?de org ckp x halal..

Izzati Ishak said...

So far dari ingredient tiada bahan yang meragukan. Tapi kalau sis ragu2 boleh gantikan dengan cuka apple yang lain. Insyallah