Thursday 28 April 2016

Review SamYang Hot Chicken Flavor Ramen in Pack

Bismillah

Hari ni aku nak review satu spicy ramen yang tersangat la famous didewasa ini.
Famous dengan spekulasi status halalnya.
Famous dengan tahap kepedasannya.
Famous dengan apa lagi ya?

Ha..
Ni aku pulak nak review pasal ramen ni.


Yg aku makan ni jenis dalam pack. Satu bungkus besar tu ada 5pack. Harga antara RM21-25(bergantung pada kawasan masing-masing)


Apa yang ada dalam pack ni. Ada mee kering yang sangat besar, sepeket sambal dan sepeket rumpai bercampur bijan.

Cara nak buat sama macam mee segera goreng yang lain. Kalau tak tahu jugak boleh refer direction pada plastik.


Proses akhir sebelum sedia untuk digaul dan dimakan.

Apa komen aku pasal mee ni.
1. Mee sangat tebal dan kenyal. Untuk aku, aku tak berapa suka sebab cepat muak dan susah nak kunyah.
2. Kepedasannya aku baki tahap ke-5. Tapi bagi aku yang gila pedas. Aku rasa pedas dia macam makan masak lemak cili api yang ada 10biji cili. So, tak de lah pedas terlampau seperti yang aku bayangkan sebelum ni..
3. Flavor dia boleh tahan sedap..tapi kalau jenis yang tahan pedas memang kau takkan rasa ayam dia. Rasa melebihi segalanya.
4. Berpeluh ke makan mee ni? Kalau aku takde lah rasa berpeluh menangis bagai. Ada bunyik soksek..soksek je lah
5. Cara nak hilangkan pedas? Minum susu atau yogurt. Bila kau minum tu, rasa pedas akan makin menyucuk tapi kejap je dah hilang pedas tu. Kalau tak pun, boleh la standby 2L air kat tepi sebelum start makan. Takde lah nak menggelupur nanti.

Sekian review dari aku. Kalau korang tak cuba lagi, dialukan untuk mencuba..sekali sekala test tahap kepedasan diri best jugak. 

Status halal dia? Insyallah halal..nak maklumat lanjut boleh google, k. 






No comments: