Saturday 14 August 2010

ramadhan part 2

Bismillah

Salam ramadhan..sudah 4 hari ramadhan yang telah dilalui. Semoga kita terus teguh mengejar ramadhan sehingga ke penghujungnya. Jangan berputus asa dan jangan mengeluh kerna sedarlah Allah hanya minta kita berpuasa selama sebulan sahaja sedangkan Dia memberikan kita peluang bersuka ria selama 11 bulan berikutnya,InsyAllah.


Alhamdulillah,pabila 4 hari ramadhan telah berlalu, buat julung2 kalinya aku diberi peluang untuk solat terawih berjamaah di surau bunga raya bersama ahli bait yang lain..
syukran jazilan juga kepada muslimin UTeM yang bersama kami mengimami solat isya' dan tarawih di sini..semoga segala perbuatan anda dibawah lindungan Yang Esa.

Sungguh tidak terkata bertapa gembiranya aku tadi dapat berbuka dan bersolat maghrib berjamaah bersama kakak2 senior ahli bait..
kemudian bersama melicinkan juadah berat di rumah mereka.sungguh mesra dan seronok bersama..

InsyAllah hari2 selepas ini semakin ramai yang datang mengimarahkan surau di sini. Amin Ya Rabb

No comments: