Tuesday 23 July 2013

Cerita dalam kilang

bismillah

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke empat aku praktikal. Tadi aku sempat berbual dengan seorang pekerja warganegara nepal kat kilang ni. dia banyak tanya aku tentang sistem pembelajaran di Malaysia dan menceritakan serba sedikit sistem pembelajaran di negaranya. Walau banyak perbezaan sistem pembelajarannya, namun kos pembelajarannya tetap sama iaitu tinggi. Yang best nyer, bila dia bantai cakap melayu versi nepal ngan aku, aku smash balik dengan b.melayu versi indon. Aduhh..bila la slang indon aku ni nak hilang. Kuat betul melekatnya. huhuhu..

Yang paling x tahan 2 dia tanya la...

en.nepal : kalau u ambil degree kan, so harga bila marrige macam mana?
aku : ikut orang tu, kalau dia nak banyak, dia mintak la banya. tapi kalau dia nak sikit dia mintak la sikit.
en.nepal : Oooo...
en.nepal : Ermm you lepas ni buat apa?
aku : lepas ni saya kerja.
en.nepal: Eh, you dah kawin x?
aku : belom lagi
en. nepal : bila you nak kawin?
aku : sambil ketawa....x tau lagi..hehehe

THE END.....

No comments: