Saturday, 29 November 2014

Kisah Mereka, Realiti Mereka

Bismillah
Dalam tempoh kurang dari sehari aku didatangi dua kisah kehidupan daripada dua insan berbeza dan ditempat yang berbeza. Dan, kedua-dua insan itu juga tidak aku kenali gerangannya.
Apa yang pasti, kisah mereka sangat memberi kesan dan pengajaran kepada ku. Salah seorangnya bercerita mengenai kehidupan dia dan anaknya. Manakala seorang lagi menceritakan kehidupannya yang penuh diselubungi masalah dunia.
Maaf kalian,  aku hanya mampu mendengar. Bukan niat aku untuk mengabaikan. Bukan hasrat ku juga untuk menafikan. Doaku, moga Allah memudahkan urusan kalian dan urusan ku juga. Inshaa Allah.

Monday, 24 November 2014

Berserah diri dan beramal soleh. Siri kupasan al-Quran.

Bismillah  

Dalam al-Quran Allah berfirman "Barang siapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak bersedih hati" (Surah al-Baqarah, 2:112).

Dalam al-Quran banyak terdapat kata-kata iman yang sentiasa diiringi dengan amal soleh. 

Allah berfirman "Dan barang siapa melakukan amal kebaikkan, baik lelaki mahupun perempuan sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun" (Surah al-Nisa', 4:124).

Dan firman Nya, "Barang siapa melakukan kebaikkan dan beriman maka usahanya tidak akan disia-siakan" ( Surah al-Anbiya', 21:94).

Sekiranya kita telah berserah diri kepada Allah dan beramal soleh, maka kita tidak perlu bimbang dan bersedih. Di antara perilaku orang-orang beriman adalah apabila mereka ditimpa sesuatu yang tidak menyenangkan, mereka akan mengkaji sebab-sebab berlakunya dan berusaha kuat untuj mengatasinya. Andai masih juga belum dapat diatasi,  serahkanlah permasalahan itu kepada  Allah. Niat mereka tidak sedikit pun menjadi lemah dan hati mereka juga menyedari bahawa untuk mengatasi semua kesusahan itu, harus menyerahkan diri kepada kekuatan yanghakiki, iaitu Allah. 

Saturday, 22 November 2014

Patri Pada Asa

Bismillah

Penat, terasa penat diri ini menyusuri alur kehidupan.
Lelah, lelahnya diri dengan lakonan pentas dunia.
Lemah, longlai bila mana diri terus dihempas badai kehidupan.
Jatuh, terduduk tersadung dengan onar yang tak henti mencucuk.

Mengapa perlu mengeluh.
Mengapa harus menunduk.
Mengapa ingin berputus asa dengan kehidupan
Mengapa ingin terus hanyut didalam kesulitan.

Apakah tiada hari lagi selepas hari ini.
Apakah berakhir sudah kehidupan nanti.
Apakah cukup usaha yang ditaburi
Apakah tiada misi yang patut dikecapi.

Duhai jiwa
Terbitkanlah aura positif pada diri.
Bangkitkanlah rasa teguh pada hati.
Binakanlah rasa cinta pada ukhrawi.
Teduhkanlah tanda patuh pada Ilahi
Agar kehidupan ini terkadung makna untuk di sana nanti.

Friday, 31 October 2014

Puisi hati

Bagai badai menampung ombak,
Menghitung hari,
Mengejar mimpi,
Mencari harapan
Yang terselit direaliti.
 
Kehidupan tidak selamanya cerah,
Kegelapan tidak selamanya menyelebungi,
Kehidupan tanpa ujian itu,
Ibarat masakan tanpa resepi.
 

Thursday, 30 October 2014

Kisah kejadian unta?

Bismillah

Maaf satu perkongsian ilmu, cuma aku tertanya-tanya bagaimanakah sebenarnya kisah kejadian dan kelahiran unta. Begitu agungkah kisah ia, hingga diungkapkan di dalam Al-Quran.
 
Masih tercari-cari sebab tak maklumat tentang unta. Harap ada pembaca yang boleh berkongsi maklmumat.
 
Terima kasih =) 

Thursday, 16 October 2014

Antara Ujian dan Bala

Bismillah

Apa perbezaan ujian dan bala? Apakah setiap musibah itu bala dan setiap masalah itu ujian?

Kadang-kadang bila ditimpa kecelakaan atau musibah, orang berkata 'Ha...ini bala la ni" Sebagai contoh isu kapal terbang yang ditembak jatuh. Atau pabila diri ditimpa masalah yang sangat menyulitkan, diri berkata "Ujian apakah ini". Jadi apakah sebenarnya bala dan ujian itu?

Dalam satu siri "Tanyalah Ustaz" di tv9. Penceramah itu mengkelasifikasikan, ujian adalah satu perkara yang kita tidak pinta ia berlaku dan kita tidak sangka akan kedatangannya. Manakala, bala pula adalah kesan dari perbuatan kita sendiri.

Sebagai contoh, diri mengalami sakit seperti demam. Boleh jadi itu adalah ujian untuk menghapuskan dosa-dosa lampau kita. Bagaimana pula andai kita mengalami kemalangan  atau di saman semasa memandu dengan laju? Sudah tentu itu adalah bala, kerana kecelakaan itu berlaku akibat kesalahan yang kita lakukan sendiri.

Tak semua yang berlaku itu bala dan tak semua yang berlaku pada diri itu ujian. Walau apa pun yang dating, semua itu adalah pengajaran bagi kita kerana Setiap kesusahan itu adalah pengajaran bagi orang yang berfikir.

Allah juga telah berfirman, setiap kesusahan ada kemudahan (al-insyirah). Oleh itu, walau apa pun berlaku, jangan tenggelam didalamnya.



 

Wednesday, 15 October 2014

Hubungan

Bismillah

Dalam hidup ini, ada 3 hubungan yang kita mesti jaga.Pertama ialah hubungan dengan Allah. Kenapa? Sebab Dia lah tuhan kita, yang mewujudkan kita dan Dia juga lah juga tempat kita bergantung. Mungkin ayat ini macam cliche, tapi andai manusia tidak begantung dengan tuhannya, pada siapa lagi yang ingin dia harapkan?

Bagaimana ingin menjaga hubungan dengan Allah? Tunaikan yang dihakkan jauhkan yang dilarang. Kebiasaanya, nak tunaikan tu mudah, tapi yang nak dijauhkan tu yang payah bagi aku. Sering ku tergelincir dengan hasutan nafsu dan melanggar laranganNya. Namun, kita juga tahu yang Dia juga Maha pengampun. Jadi, seringkali ambil peluang untuk membuat refleksi diri, tilik andai diri masih berada di jalanNya atau telah pergi menjauhiNya.

Bagaimana ingin tahu yang diri masih dijalanNya atau tidak? Fikir, adakah diri mudah solat? Adakah diri mudah dalam membuat kebaikkan? Adakah diri mudah melihat kebaikkan manusia? Adakah diri mudah menerima teguran? Adakah keyakinan dan tawakul diri kepadaNya masih teguh? Tanya pada diri dan perbaiki hingga diri menjadi lebih baik. Insya Allah.

Kedua, hubungan dengan Rasullullah. Kenapa Rasullullah, kerana Baginda tidak pernah melupakan ummatnya sehingga hujung nafas Baginda. Kerana Baginda jugalah yang akan memberikan syafaat kepada kita. Siapa yang tidak mengimpikan syafaat Baginda?

Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan Baginda? Fikir, berapa kali diri berselawat kepada Baginda selain dari dalam solat? Berapa kali diri mengikut sunnah Baginda? Berapa banyak kisah dan tauladan Baginda yang diri dalami? Dan semua itu, aku masih khilaf lagi. Maafkan ummat mu ini ya Muhammad.

Ketiga, hubungan dengan Ibu Bapa. Juga aku sering khilaf apatah lagi diri sering lalai dalam menongkah dunia. Walaubagaimana pun ibu bapa kita, diri wajib taat kepadanya. Cuba untuk tidak susahkan hati mereka, berikan kegembiraan kepada mereka. Cubalah lakukan tugas sebaagai anak dengan sebaiknya. Pada diri, aku hanya mampu meletakkan diri pada pengharapan yang Maha Esa. Harapanku, moga Allah meletakkan rasa sayang ku kepada ibu bapa ku melebihi rasa cintaku kepada dunia. Harapanku, moga Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menjalankan tugas sebagai anak yang taat kepada mereka. Doaku, andai mereka tiada, jangan kerana dosaku, mereka tercampak ke dalam api neraka. Doaku, moga Allah memudahkan jalanku untuk berbakti kepada mereka.

Kerana aku tahu, tanpa bantuan Ya Rabb, aku mungkin terus tergelincir dan hanyut dengan belaian dunia.


p/s: kalau dah berkahwin kene tambah lagi listnya ya.